Thursday, December 2, 2010

KEHEBATAN SALAHUDDIN AL-AYUBI

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

Peta Emperium Kekuasaan Salahuddin


Kompleks pemakamannya terletak di sebuah masjid Ummayad di sebelah Utara masjid Agung Damaskus




MAKAM SEDERHANA -Sehagai pemimpin besar, Salahuddin terkenal amat sederhana. Saat wafat, ia hanya meninggalkan harta 66 Dirham Nasirian. Makamnya di Damaskus terlihat sederhana



KHARISMA - Walaupun menjadi lawan, orang Eropa mengakui Salahuddin sebagai Sultan yang sangat berkuasa. Dalam gambar yang dibuat pelukis Eropa, tampak Salahuddin menggenggam bola dunia. Lambang bahwa Salahuddin sangat berkuasa







Salahuddin dalam lukisan kepingan uang Dirham





Salahuddin al Ayubi


Wednesday, November 17, 2010

motivasi : jangan kunci minda

..Assalamualaikum..first anything, thank you kerana sudi membaca ruangan ini dan pohon sdiklt kemaafan sbab x gune bahasa rasmi. Ini kali pertama saya buat ruangan motivasi. "Jangan kunci minda" adalah tajuk yang saya pilih untuk ruangan ini. Saya membawa satu cerita. Semasa belajar kat sebuah sekolah kat klantan dlu. mase tu, tengah nak ambik spm. Ceritanya. saye dok dalam bilik kesihatan dengan beberapa orang friends spm. ader la dalam skitar 4,5 orang. ader dok study n ader yang borak. bilik tu x der la luas sangat, sekitar muat 2 buah katil bujang. Dalam bilik tu, ader 2 katil bujang setingkat dan meja study 2 buah. Tengah syok buat kerja2 masing2, ader la sorang friend tu nak kluar ambik buku add math kat kelas. bilik tu x kunci pun tapi die mntak anak kunci dengan exco bilik tu. mule2, exco tu x nak bagi gak sbab friend yang sorang ni suker buat bnda plik2. Tapi, last2 bagi gak ler. apabila bagi, lain plak kerjanya. oleh krana bilik tu gna mangga. maka, friend tu kunci kami smua dari arah luar gna mangga. Kami smua mengeluh. yer la sbab dah lame kat dalam bilik. memang dah nak kluar dari tadi, tapi ader orang buat hal plak. kalau stakat kunci sajer x pe lagi. ruper2nyer aksi, die x habis lagi, dier masukkan anak kunci dari lubang cermin nakul. so, anak kunci jatuh dalam bilik kesihatan. di dalam minda kami:




masalah 1:anak kunci ader kat dalam, macam maner nak bukak mangga kat luar...




masalah2:x der orang kat luar nak mintak bantuan...




maka, dah x der cara lain. terpaksalah ler tunggu kawan yang gurau x bertempat.Sambil2 tu, kami tunggu orang yang lalu-lalang supaya bleh mntak bantuan. tapi sayang. tempat tu cukup terpencil menyebabkan students kat skol tu x jadikan sbagai jalan utama. stelah skian lama mnunggu, akhrnya datang la la jgak kawan yang sorang tu. tiba2, die bkak pntu sdgkan anak kunci ader kat dalam. so, dengan pnuh kpelikan kami pun tanyer la. dan die pun jawab...sbanarnya die x kunci pun pintu tu...hehe









Kesimpulanya. yang trkunci sbenarnya adalah minda kami. sdngkan pintu itu boleh dibuka hanya dengan sbatang jari.tapi, oleh krana minda telah pun mengatakan 'PINTU ITU TERKUNCI'. maka tiada langsung semangat ingin mencuba,,,so. set lah dalam minda kamu




'AKU MAMPU MEMBUKA KUNCI KEJAYAAN '

Friday, September 17, 2010

Teka-teki Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Protokol ke-10 Yahudi

Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa....


1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap...tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela.... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir......
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2.. ....Sex........
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana....
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex....
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok....
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.....
yang menonton pun tak sembahyang juga .........
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL.......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan....
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..
terutama dalam iklan...yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan..... Kalau kita ke kedai bateri kereta.....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya....
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan......
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu....
Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah....
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi.....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut....dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ...rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi....

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH.............. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah.......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:


* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Sebar ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..

Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat

PERKARA-PERKARA YANG TELAH HILANG DARI UMAT ISLAM

Antara yang sudah terlepas atau hilang dari Umat Islam, ialah:-

Ilmu Pengetahuan
Kepimpinan bertaraf sejagat
Akhlak dan budi pekerti yang mulia
Ukhwah dan kasih sayang
Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanita
Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
Rasa bertuhan dan rasa tauhid
Rasa cinta kepada Akhirat
Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
Rasa tawakal
Rasa qanaah
Sifat redha
Sifat sabar
Sifat tolak ansur
Persahabatan di kalangan kaum muslimin
Sifat taat dan setia kepada pemimp[in
Tamadun Islam
Undang undang dan perlembagaan Islam

Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang dari umat Islam agar mereka memilikinya semula memerlukan satu perjuangan yang gigih.Memerlukan pengorbanan apa saja.Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya. Memerlukan ketaatan dan kesetiaan para pengikut.Memerlukan perjuangan yang terus menerus tanpa henti henti.Memerlukan kebijaksanaan. Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemimpin pemimpin nya.

PERHUBUNGAN AL-FATIHAH DAN KUASA MINDA

Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?

Bagus sekali... .

Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.

semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.

Latihan
dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.

1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"

5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah... ... . ... wasalam.

Friday, September 3, 2010

..BERAKHIRNYA SEBUAH PERTEMUAN...

SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT KEPADA KERINDUAN
YANG MENJADI TINTA KEHIDUPAN
SETIAP PERTEMUAN AKAN DIAKHIRI DENGAN PERPISAHAN
AKU MENYINGKAP TABIR KENANGAN
YANG DILITUPI KEBAHAGIAAN YANG BEROMBAK KUAT
NAMUN, AKU HANYA MAMPU MELIHAT KESEDIHAN
AKU MULAI YAKIN DAN SEDAR BAHAWA
KEHIDUPAN INI BUKAN UNTUK MENCIPTA KENANGAN
TETAPI, SEHARUSNYA AKU MENERUSKAN PERJUANGAN
DI DALAM PERJUANGAN,
SEHARUSNYA KITA TIDAK MELETAKKAN PERASAAN
BIMBANG MENJADI SELEKOH PERSIMPANGAN MASA HADAPAN
AKU MERENUNG JALAN YANG BAKAL DILALUI
SATU PERJALANAN KEHIDUPAN YANG TIDAK BERKOMPAS
PERJALANAN MASIH JAUH
PERJUANGAN MASIH BELUM BERAKHIR
KEHIDUPAN HARUS DITERUSKAN
AKU AKAN MENGGAPAI MATLAMAT YANG TERPENDAM
SEORANG LAGENDA YANG BAKAL MENGUKIR LEMBARAN SEJARAH
HASIL NUKILAN IDRIS AZMI
3 SEPTEMBER 2010-24 RAMADHAN 1427

Friday, August 27, 2010

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!!!

Banyak ayat-ayat Al Quran dengan jelas mengatkan bahawa orang-ornag kafir akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebab bagi orang-orang kafir sudah jelas keingkarannya terhadap Allah, samada diadili ataupun tidak di Padang Mahsyar nanti bagi mereka tetap telah disediakan neraka sebagai seksaan. Betapapun diadakan pengadilan kepada mereka tidak ada amal kebaikan bagi mereka untuk menebus kemusyrikan mereka itu dan akhirnya merekapun dicampakkan di dalam api neraka. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci mati hati mereka serta penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat". (Al Baqarah 6-7) Sebelumnya kita lihat maksud surah Yaasin ayat 12: "Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menghidupkan orang-orang yang mati dan menuliskan apa-apa yang telah mereka usahakan dan juga bekas-bekas pekerjaan mereka. Dan tiap-tiap sesuautu itu Allah perkirakan di dalam kitab yang terang".
Sesudah Allah nyatakan tentang amaran dan khabar gembira pada ayat sebelumnya, maka Allah menjelaskan pula bahawa Dia berkuasa menghidupkan orang-orang yang sudah mati. Setengah ahli tafsir menambahkan boleh juga maksud 'menghidupkan orang yang telah mati' maksudnya hati yang sudah mati kerana pada mulanya dalam kekufuran dapat dihidupkan-Nya dengan dianugerahkan taufik dan hidayah, lalu diisi dengan keimanan sebagai roh atau jiwa yang baru.
Allah juga menyatakan bahawa Dia akan menuliskan apa-apa yang mereka usahakan samada amalan baik ataupun jahat. Begitu juga bekas-bekas usaha mereka yang baik seperti ilmu yang diajarkan, sedah diberikan kepada masjid dan surau dan sebagainya. Begitu juga bekas-bekas usaha yang jahat seperti membuat pakatan yang jahat, menyediakan hotel khas untuk orang berzina, tempat berjudi, dan tempat minuman yang memabukkan. Selagi tempat ini masih ada, walaupun ia telah meninggal dunia maka dosa-dosa yang dilakukan orang lain dia masih tetap menerima saham dosa tersebut.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiap membuat amalan kebajikan di dalam Islam maka akan didapati pahalanya dan juga pahala orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat atau memulakan perbuatan jahat di dalam Islam maka akan didapati dosanya dan juga dosa orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari dosa mereka". (Riwayat Muslim) Tidaklah bertentangan dengan setengah pendapat mengatakan bahawa orang kafir akan terus masuk ke dalam neraka. Ini disebabkan bagi orang kafir dihisab atau tidak dihisab bagi mereka tetap akan menerima seksaan neraka seperti yang dijanjika Allah dalam ayat-ayat Al Quran. Sedangkan bagi orang muslim, akan dikira amal kebaikan dan kejahatannya walaupun sebesar zarah sekalipun kerana mereka masih mempunyai tempat untuk berpaut iaitu iman kepada Allah. Tergantunglah kepada ketentuan yang akan mereka terima jika amalan baik melebihi amalan jahat, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika amalan jahat melebihi amalan baik, maka mereka akan dilebur terlebih dahulu ke dalam api neraka sehingga masa yang ditentukan, barulah setelah itu dimasukkan ke dalam syurga.















































SESUNGGUHNYA SEKSA ALLAH AMAT PEDIH DAN MENYAKITKAN.

Sunday, July 18, 2010

TEORI EVOLUSI REMAJA



Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakkan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan remaja, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.

Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?


Siapakah golongan di gelar ‘as sabiqun’ dalam sejarah Islam..? Siapakah generasi terbaik di kalangan umat manusia? Rasulullah saw menyifatkan dengan sabdanya yang bermaksud; "sebaik baik manusia adalah yang sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup sezaman generasi sahabat dan kemudian mereka yang hidup sezaman dengan generasi tabien" hadis dari Abdullah bin Mas’ud ra diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Siapakah yang berhadapan dengan taghut di Mekah dan di semenangjung tanah arab..? Siapakah yang menewaskan empayar Parsi dan Rom..?
Siapakah yang berjuang menentang aliran aliran memusuhi Islam dan menyengutukan Allah..?



Wahai Para Remaja!!!
Rujuklah sejarah.. bacalah buku buku sejarah… kamu akan dapati contoh contoh dan qudwah kepada para remaja….

Siapakah Zubair bin al A’wam ra?

Beliau digelar hawari Rasulullah saw dan Farisul Islam. Berapa umur beliau ketika memeluk Islam? Beliau berumur 15 tahun ketika memeluk Islam.. sebaya dengan usia remaja tingkatan 3!!!
Adakah pelajar pelajar tingkatan 3 sekarang berfikir, bermimpi, bercita cita dan berusaha seperti Zubair bin al A’wam?






Siapakah Talhah bin Ubaidullah ra?






Diantara anggota asasi dalam Jamaah Islam yang baru lahir di kota Mekah, sebagai seorang tokoh daie, seorang pahalawan yang mahir, gagah dan kedepan dan seorang dermawan fi sabililLah, sehinggakan Rasulullah saw memberi kurniaan ‘Talhah Al Khair’. Beliau hanya berusia 16tahun ketika ia memeluk Islam.






Adakah kamu kenal Saad bin Abi Waqas ra?






Seorang sahabat yang besar….orang yang pertama darahnya mengalir kerana Islam, doanya mustajab. Satu satunya sahabat yang Rasulullah saw tebus dengan kedua ibubapanya, ketika mana Rasulullah saw berkata kepada Saad bin Abi Waqas dalam peperangan Uhud ‘irmi Saad fida’ka abi wa ummi’yang bermaksud Wahai Saad panah! Ganti kamu bapaku dan ibuku yang diriwayatkan oleh Imam at Tarmizi
Beliau berusia 17tahun ketika memeluk Islam.






Adakah kamu kenal al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra?






Seorang sahabat yang menjadi sebutan semua umat Islam, kerana dia sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz dakwah selama 3tahun. Dia dari kabilah bani Makhzumi, kabilah yang bersaing dengan bani Hasyim untuk memegang panji panglima perang. Rumahnya dijadikan markaz gerakan dakwah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dari bani Hasyim, apa akan berlaku kepadanya jika ia diketehui oleh pembesar-pembesar kabilah atau diketahui oleh kaum kerabatnya. Tentulah dia dituduh sebagai pengkhianat kerana bersubahat dengan kabilah seterunya. Jangan kita lupa bahawa Fir’aun umat, Abu Jahl dari kabilah bani Makhzumi adalah merupakan musuh nombor 1 dakwah Islam pimpinan Rasulullah saw. Semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi oleh al Arqam bin Abi Arqam dan beliau sanggup mengambil segala risiko, dan sanggup berkorban demi kerana Islam. Dia hanya baru berusia 16 tahun.

Cuba bayang apakah remaja yang seusia dengannya fikirkan, apa yang dimimpikan, mungkin nak jadi juara Akademi Fantasia, Gangstarz, One In a Milion dan sebagainya.

Kita ketika membaca kisah pahlawan pahlawan seperti Zubair bin al A’wam ra, Talhah bin Ubaidullah ra, Saad bin Abi Waqas ra, al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi ra dan ramai lagi seolah-olah kita membicarakan kisah pahlawan pahlawan agung. Memang mereka semua pahlawan pahlawan yang agung dalam usia remaja. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah umat Islam dari segi aspek pengetahuan, kesungguhan, keimanan, akhlak dan amal. Sepatutnya remaja hari ini bangga menjadi mereka sebagai qudwah, ikutan dan impian, lebih lebih lagi mereka adalah sahabat sahabat kepada junjungan besar Rasulullah saw yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam.



Sahsiah kecemerlangan jati diri remaja adalah aset bukan semasa yang memainkan peranan penting dalam peningkatan tamadun bangsa dan negara.......