Amran
bersiap-siap untuk menunaikan solat
maghrib berjemaah di masjid. Petang itu, dia besiap lebih awal daripada biasa.
Kesedaran mula berputik di hatinya apabila mendengar kuliah asar yang
menceritakan golongan yang mengambil ringan tentang solat berjemaah.Masih
terngiang-ngiang di telinganya hadis
yang di baca oleh Ustaz Abdul Rahman. Sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Mua’z bin Anas daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda telah bersabda
“Sungguh-sungguh
zalim, kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru Allah yakni muazzin yang
menyeru kepada solat tetapi mereka tidak pergi menyertai solat berjemaah “ (Hadith riwayat Imam Ahmad dan
Tabarani)
Di hati kecilnya sudah lama mengimpikan untuk berada di masjid sebelum
masuknya waktu solat, namun kesedaran itu tidak disokong oleh kekuatan.
Bibirnya tidak putus-putus memuji kebesaran Allah. Kain pelikat disarungkan
kemudian dipadankan dengan baju raihan bewarna hitam. Kain serban dililitkan di
atas niat untuk mengikuti sunnah junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan
qudwatun hasanah. Tanganya meraba-raba bakul kecil yang menjadi kebiasaan dia
menyimpan kunci bilik.
‘Alamak, mana pulak kunci bilik. Biasanya dalam ni je tempat dia.’
Amran berbisik dalam hatinya sambil memperkemaskan ikatan serban.
Dia menjenguk ke bawah katil, di bawah meja kemudian memerhati setiap
sudut bilik. Namun, masih tidak dijumpai. Pintu almari pakaian dibuka, dia
menyeluk ke dalam kocek baju kuliah. Hampa. Dia mengerling jam dinding. Jarum
panjang menghampiri angka enam. Azan maghrib sudah berkumandang.
‘Allah Maha Besar, aku masih belum berjaya untuk hadir ke masjid lebih
awal.’ Amran mengeluh kecewa. Tidak dapat tidak, dia harus meninggalkan bilik
dalam keadaan tidak berkunci. Dompet, netbook dan barang beharga yang lain
dipastikan dalam keadaan selamat supaya tidak berlaku penyesalan di atas
kecuaian.
Suara imam begitu menyentuh hati. Namun, Amran tidak dapat meletakkan
dirinya dalam kalangan orang yang kusyuk. Dia masih memikirkan di mana kunci
bilik tersebut diletakkan. Selesai sembahyang, dia bergegas ke bilik untuk
makan malam. Dia menyelak daun pintu. Terkunci!! Fikiranya cepat-cepat
menangkap.
‘’Oh, hari ni Hafiz ke masjid’, Amran teringatkan kawan sebiliknya.
Lupa untuk dia memesan agar jangan mengunci bilik. Namun sudah terlambat. Dia
berpatah balik menuju ke masjid. Malam ini, dia terpaksa mengisi perut selepas
Isyak.
‘’Amran, bilik kau kunci ke?’ satu suara menegur dari belakang. Dia
menoleh. Irham. Rakan sebelah biliknya mengajulan soalan.
‘’Ha’ah.’’ Amran membalas kemalasan kerana perut yang lapar
mengundang perasaan yang kurang senang.
‘’Aku ingatkan nak masuk bilik kau kejap sebab pintu bilik aku
berkunci. So, daripada bilik kau, aku boleh panjat melalui tingkap masuk bilik
aku. Tapi, bilik kau pun terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui bilik Farhan.
‘’Kau nak masuk melalui bilik Farhan’’, Amran bertanya sambil memandang
ke arah bilik Farhan.
‘’Ha’ah’’ giliran Irham membalas acuh tak acuh.
‘’Memandangkan kau nak masuk melalui bilik Farhan, mesti kau lalu
bilik aku dulu kan?’’
‘’Ye la’’ Irham menjawab sambil kakinya memanjat tingkap bilik Farhan.
‘’Tolong buka pintu bilik aku sekali’’ Amran menagih simpati dengan
muka yang tersengih-sengih seperti kanak-kanak tadika yang mendapat Apolo.
‘’Kalau nak minta tolong, pandaila pulak buat muka kesian’’, Irham
menyindir. Amran hanya tersenyum.
‘’Baik-baik Irham, ni tingkat tiga tau’’, Amran memberi pesanan. Kasih
seorang sahabat.
Amran mengucap syukur kepada Allah. Selesai makan malam, dia
meneruskan pencarian kunci bilik. Namun, jawapan yang sama dia temui. Jawapan
yang membenihkan hampa dan membuahkan kecewa. Jam sudah menunujukkan pukul
8.30. Dia harus bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Isyak secara
berjemaah. Tambahan pula, dia harus bersama dengan usrah selepas Isyak.
Hatinya gusar. Dia bimbang sekiranya solat Isyak juga seperti solat
Maghrib tadi. Tidak khusyuk. Di hatinya mengucap nama Allah, ternyata perkara
seperti kunci membawa keresahan dalam hatinya. Di saat seperti itu, dia
teringatkan surau tempat dia menunaikan solat asar dan mendengar kuliah.
Mungkin tercicir di situ. Hatinya berbisik sendirian. Dia bergegas menuju ke
surau. Dia memerhati segenap sudut. Dan ternyata, dia tercicir di situ. Lantas
dia sujud syukur mengucap terima kasih kepada Allah. Selepas itu, Amran
bergegas ke masjid meredah rembesan hujan dalam kegelapan malam menyahut seruan
‘hayya alas solaaah’...
KeSIMPULAN
Kisah dia
atas pernah berlaku ke atas anda? Mungkin sebahagian mengiyakan. Menandakan
peristiwa seperti itu pernah berlaku dalam hidup mereka. Jalan penceritaan
tidak sama, tetapi seakan-akan kisah seperti itu pernah kita lalui. Betul tak??
Hehe.
Kita akan
merasa resah dengan kehilangan barang yang beharga. Seperti kisah di
atas. Kunci bilik, kunci kereta, kunci pejabat sebenarnya bukanlah benda yang
beharga. Namun, ia adalah perantaraan harta milik kita yang beharga.
Kita mengambil
contoh yang lain. Dompet kita. Adakah kita akan meletakkan di merata tempat?
Katakan tidak sekiranya anda seorang yang waras. Hehe. Begitu juga dengan
kereta, telefon bimbit dan komputer riba. Kenapa? Jawapanya adalah, kerana barang-barang
itu amat beharga.
Ok lah, kita
memandang sesuatu yang beharga dari sudut perhubungan pula. Kita ada
keluarga. Dalam keluarga, kita tetap mempunyai ibubapa walaupun kita anak
tunggal. Ibubapa yang sudah bercerai atau sudah meninggal, saya memohon maaf
sekiranya ada yang terasa. Namun, ibubapa adalah orang yang beharga
dalam hidup kita kan? Jadi, kerana mereka adalah insan yang beharga, kita
berusaha untuk menjaga mereka.
Saya membawa
contoh yang lain di dalam soal perhubungan. Andaikan, anda sekarang sedang
dilamun cinta. Saya rasa tak perlu andaikan sebab memang majoriti sedang
bercinta sekarang.hehe. Saya je yang cinta tak terbalas. Hehe. Tu soal lain la.
Bab cinta kita diskusi lain kali. Ok, sekarang kamu sedang gambarkan yang kamu
sedang bercinta dengan seseorang. Kamu amat mencintai nya. Dialah
segala-galanya bagi kamu. Kamu sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Pengorbanan
masa, kewangan dan segala-galanya semata-mata untuknya. Kerana apa? Kerana
kamun amat mencintainya. Kamu takut untuk kehilanganya. Berpisah denganya,
ibarat berpisah dengan dunia yang penuh fatamorgana ini. Kerana apa? Kerana dia
amat beharga bagi hidupmu.
Contoh yang terakhir, kamu pernah melihat orang-orang kaya yang
memiliki harta yang bertimbun-timbun?Mereka sanggup mengupah pengawal untuk
menjaga kediaman mereka. Pernahkah kamu melihat sebuah bank yang tiada
pengawal? Sebuah sekolah,instisusi, kediaman rasmi kerajaan tanpa pengawal?
Tempat-tempat larangan tanpa pengawal? Katakan tidak sekiranya kamu seorang
yang berakal. Kenapa diperlukan pengawal? Untuk menjaga keselamatan la!!!
Relax- relax, jangan marah. Keselamatan harus dijaga, kerana tempat itu adalah
beharga....
Cukuplah contoh-contoh di atas. Saya mengira terlampau banyak saya
memberi contoh sehingga boleh membawa kepada keraguan. Tambahan pula, mungkin
kamu mengira saya sedang membebel.hehe.
Kamu tanya hati kamu, adakah Allah itu beharga untukmu???
Dengan pantas kita menjawab ‘ya’ .Bahkan, Allah lah segala-galanya dalam hidup
kita. Tetapi, adakah rasa beharga itu hanya dinyatakan di lidah melalui
perkataan ‘ya’??
Kalau kita sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk menjaga
security kereta, rumah dan pejabat kita. Berapa ringgitkah yang telah kita
infakkan pada jalan Allah??
Kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan orang yang tersayang
semata-mata mahu menjaga hubungan denganya. Tetapi, berapa minitkah masa yang
kita peruntukkan untuk bersama Allah??
Kita rela membaca ayat-ayat cinta daripada kekasih kita berulang-ulang
kali dengan sepenuh hati. Gembira pada ayat-ayat cinta dan turut sedih di saat
kekasih kita meluahkan masalah untuk membuktikan yang dia beharga untuk kita.
Tetapi, sejauh mana kita menghayati ayat-ayat Allah S.W.T.??
Kita sentiasa ‘upgrade’ barang-barang kita seperti handset untuk
kelihatan canggih dan berkualiti walaupun terpaksa menghabiskan ratusan
ringgit. Tetapi, pernahkah kita ugrade ibadah kita walaupun ianya adalah
percuma??
Kita juga sanggup bergayut dengan insan yang tersayang sehingga tidak
tidur malam sambil lafaz-lafaz cinta dihamburkan. Tetapi, pernahkah kita
memilih malam untuk melabuhkan tahajjud sambil bibir melafazkan ayat-ayat
Al-quran???
Sekadar renungan untuk sahabat-sahabat dan diri ini yang masih perlu
kepada bimbingan. Malam ini, aku menulis dengan kesepian kerana angin bertiup
mesra melambai-lambai ke arah tingkap yang terbuka luas. Ok, jumpa lagi.
Hasil Nukilan,
Idris Azmi,
2 JULAI 2012.