Tubuh dilentangkan di atas katil. Siling menjadi
renungan. Handset nokia xpress music di manipulasi. Beberapa lagu dimainkan
sekadar memecah kesunyian di hujung minggu. Lagu berirama melalui earphone.
Lagu menjadi pengiring kepada lena yang panjang. Otak ligat mengimbas kembali
pengalaman memancing pada tengah hari yang panas tadi. Kepanasan cahaya
matahari bercampur dengan keseronakan memancing bersama kawan-kawan menyebabkan
tubuh menanggung keletihan yang amat sangat pada malam ini. Di saat mata sudah
mahu tertutup, aku mendapat satu panggilan.
Pemanggil : Assalamualaikum.
YDP (Yang Di Panggil) : Waalaikumussalam. Sihat ker?(soalan
macam biase)
Pemanggil : Alhamdulillah. Enta macam mane?
YDP : Ana ok je. Enta kat mane ni?
Pemanggil : Enta nak ana ada kat mane?
(Soalan
yang dijawab dengan soalan, maka jawapan mula tidak tahu dimana
dia perlu berada.)
YDP : Ada kat sini ke?
(Sekali
lagi soalan yang dijawab dengan soalan mula menimbulkan soalan yang baru
menyebabkan jawapan sudah menyisihkan dirinya.)
Pemanggil : Ha’a. Ana dekat tangga blok A. Dekat bilik
rehat.
(Jawapan
yang menyisihkan dirinya mula timbul dalam kegelapan apabila merasakan dirinya
terpanggil tanpa suara di saat soalan sudah kehabisan populariti.)
Sememangnya adalah dia. Orang yang banyak memerah
keringat dan memulas idea untuk mentarbiah aku. Jam sudah menunjukkan waktu
mula menghampiri lewat malam. Baju diperkemas, jam dipadankan, rambut disikat dan
aku mencapai bekas air yang masih berbaki
jus K-lime. Penat masih terasa, mata sudah dikuasai rasa mengantuk.
Tapi, aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia sekejap. Katanya, hadir
hanya untuk seketika. Sekadar mengangkut barang-barang yang masih berbaki.
Hampir lima bulan kami terpisah, masa mendepani zaman, jarak sentiasa berubah
mengikut kesesuaian. Dia adalah naqib usrah aku.
‘’macam mane usrah sekarang?’’
‘’InsyaAllah ok. Tadi, ana pergi memancing dengan
Halim.’’
Kami bersembang santai. Sebuah kereta myvi bewarna merah
yang sarat dengan barang-barang memenuhi ruang tempat duduk.
‘’Belajar di kampus mana-mana sama sahaja. Di saat kamu
belajar inilah kamu seolah-olah mengutip mutiara.....’’
‘’Dan kita pegang mutiara itu dengan kemas agar tidak
tercicir ‘’ aku menyampuk.
‘’Ya. Apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah,
maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. Keberjayaan di dalam
usrah itu bermula apabila ahlinya FAHAM dan AMAL dengan ajaran islam.’’
Kata-katanya aku hayati sepenuh jiwa. ...dia pernah
berkata ‘’apabila kamu hendak mengatakan sesuatu, pastikan kamu melakukan
terlebih dahulu kerana itulah yang dinamakan sebagai hikmah.’’
‘’Berubah itu bukanya susah. Cuma ia bergantung kepada
pemilihan kita sama ada kita hendak ataupun tidak. Umat islam harus cemerlang.
Dengan titte yang kita ada seharusnya kita lebih kehadapan berbanding orang
lain. Sama ada dari sudut behaviour, attitude, muamalat dan segalanya.
Cukup banyak sekiranya aku ingin melakar kembali mutiara
kata daripada per’sembang’an kami pada malam itu. Namun, lebih kurang setahun
kami berusrah, sejujurnya pada malam itu aku baru mengerti apa yang dia ingin
sampaikan selama ini. Memang betul hidayah itu adalah milik Allah. Dan,
sememangnya adalah betul, Oleh itu, usaha dakwah perlu kepada komitmen dan
konsisten.
Di antara sebab aku memahami apa yang dia ingin sampaikan
adalah kerana aku juga memegang taklifat sebagai naqib sekarang. Baru tahu,
bukan mudah nak jadi naqib. Apabila aku membandingkan diriku dengan dirinya,
teramat jauh. Apabila kita berada di tempat seseorang, barulah kita merasai apa yang dirasai.
Seorang ustaz ketika aku belajar di sekolah menengah
pernah memberi nasihat apabila ada pelajar yang tidak berpuas hati dengan
layanan ibubapa yang dilabelkan terlalu kasar.
Maka katanya :
‘’Kita mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang kita
tidak suka. Tetapi, apa yang dia lakukan ada tujuan yang tersendiri yang
mungkin baik untuk kita dalam keadaan kita tidak mengetahuinya. Dan kita hanya
akan memahami seseorang apabila kita berada di tempatnya dan barulah kita merasai apa yang dirasai.’’
Isu tidak berpuas hati dengan organisasi kepimpinan di
peringkat sekolah atau di peringkat kampus adalah perkara biasa. Namun, amat
tidak professional sekiranya kita mengambil jalan pintas dengan memboikot atau
memburukkan organisasi tersebut. Seteruk mana pun mereka, mereka adalah manusia
seperti kita. Dan adakah kita mampu meletakkan diri kita dalam kalangan manusia
yang tiada dosa?Apabila kamu berada di tempatnya, kamu akan merasai apa yang dirasai.
Maka, ketika itu barulah kamu layak untuk menghukum.
Jadilah manusia yang professional.