Tuesday, April 17, 2012

sebuah netbook dan seorang ibu

Assalamualaikum
aku memang x setuju dengan tajuk ni..ape  punya tajuk la sampai aku mandi pun terbawa2 tajuk ni. Sebenarnya semalam umi hadiahkan sebuah netbook acer aspire one..happy? x de la sangat .cuma post kat blog supaya suatu hari nanti aku boleh check balik bile first time aku guna netbook ni.(16 april 2012) satu lagi,aku ada buat satu video 'warkah untuk bonda' dan lama dah aku buat. Tapi, upload kat youtube je. Lagipun,bukanya ada orang bukak pun blog aku,haha.

Terima kasih umi dan abah di atas pemberian netbook ni
Anakanda akan manfaatkan sebaik mungkin!!
(diorang bukanya bukak pun blog aku..haha)








K,hayatilah sebuah video...khas untuk muhasabah....

Monday, April 2, 2012

beringatlah tatkala berdoa...

semalam ayah aku ada tegur..

aku menerima teguran dengan hati yang terbuka..

jadi,nak share skit.

cuba ingat balik di saat ketika kita berdoa

bagaimana cara kita menadah tangan memohon permintaan daripada yang ESA...??

ramai yang kurang cakna dengan perkara ini

contoh :tangan diletakkan hanya sekadar menadah tanpa bersungguh2

kalaulah dengan cara itu kita meminta dengan manusia?

adakah manusia akan memberi???


malah dari sudut sains:
seandainya kita mempersamakan jalur diantara tangan kanan dan tangan kiri
dan dipandang tepat oleh mata
maka ,ia akan jatuh ke dalam hati
dan ia membawa kepada khusyuk

Allah S.W.T pernah berfirman:

beroalah kepadaku,nescaya akan ku perkenankan doamu.

InsyaAllah!!!

Monday, March 26, 2012

Sunday, March 25, 2012

metodologi dakwah

Soalan yang pertama

pernahkah telinga anda menerima perkataan metod??

metod merupakan satu perkataan yang di'kidnap' daripada bahasa inggeris yang bermasud cara melakukan sesuatu.maka metodologi dakwah membawa erti bagaimana sesuatu dakwah itu dapat disampaikan.

sesuatu dakwah itu seharusnya disampaikan sesuai dengan keadaaan sasaran.

Sebagai pendakwah, kamu seharusnya sedar penerimaan sasaran kamu terhadap apa yang kamu sampaikan adalah berbeza.

Kamu seharusnya memahami keadaan sasaran.Bagaimana sasaran kamu itu mampu untuk menerima apa yang kamu sampaikan....

Kamu boleh sampaikan dakwah dengan perkara2 yang berikut :-

1) dakwah melalui penyampaian
-sekiranya kamu mempunyai kebolehan dalam penyampaian, manfaatkanlah sebaiknya. Gunakan pada jalan kebenaran serta pada keadaan yang diredhai Allah...

2) dakwah melalui penulisan
-kamu minat menulis....haha...that's why your status at facebook always di udpdate..dalam dunia ini,tak ramai yang mempunyai bakat dalam penulisan..malah, makin x ramai yang menggunakan bakat penulisan yang mereka ada untuk medan dakwah...

3)dakwah melalui media
-di zaman moden ini,pelbagai jenis kemudahan disediakan. segala maklumat di hujung jari...kamu sepatutnya memanfaatkan media yang ada pada hari ini untuk menyeru manusia ke arah kebaikan.

4)dakwah melalui tauladan
-haaha...yo know what's the meaning about this??? pernahkah kamu terfikir yang manusia kadang2 suka meniru gaya orang lain. so,perbaikilah peribadi mu.mungin ada orang tertarik dengan peribadimu dan tersuntik kesedaran dalam diri mereka secara tidak sengaja...

AKHIRNYA...saya menutup tirai perkongsian dengan mafhum firman Allah:

"SERULAH KE JALAN TUHANMU DENGAN BERHIKMAH'

hikmah be meaning flexible....

Saturday, March 24, 2012

pernahkah kamu berdakwah??

assalamualaikum


Oh yeah!!
Teramat lama kamu sedang menyawangkan diri kamu wahai my blog
alahai...sorry2 yer
bukan sengaja hati ini mahu meninggalkan mu bersendirian
tapi apakan daya
jasad ini lebih suka bersendirian


ok, x ada aper yang nak dihuraikan sangat pada blog kali ni
cuma rase tergerak hati ini untuk menyatakan kepentingan dakwah
dalam kehidupan peribadi seorang muslim


just thinking a few minit


pernahkah hadir dalam pemikiran hati kita tentang maksud dakwah??


yes!!!


i Know you have...


dakwah merupakan satu seruan yang membawa kepada kebaikan
malah ia juga merupakan tanggungjawab kita!!!


ramai yang menafikan perkara ini
"mereka memberi alasan bahawa ,aku x layak untuk berdakwah''


Helo bro!!
lu dengar sini
dalam dunia ni
nabi je yang maksum kau tahu
kita ni manusia biasa


tidak dapat tidak
memang kita akan tergelicir di lembah dosa


tetapi Imam Hasan Al-banna pernah berpesan:
Islah nafsak wadh'u ghoirok
(perbaikilah diri kamu disamping meembawa orang lain)


baiklah
saya mengakhiri tulisan pada kali ini
dengan satu persoalan


PERNAHKAH KAMU BERDAKWAH????

Friday, August 19, 2011

cerpen : andai cinta dapat ditafsir

‘Kita berhenti makan kat sinilah”, Melissa menunding jari ke arah Hadi yang masih tercari-cari tempat sesuai untuk mereka mengisi perut.
Kereta disesuaikan di tempat parkir. Enjin kereta wira dimatikan. Dia menghembus nafas melepaskan lelah. Terlalu penat untuk diceritakan. Seminggu suntuk dia berhadapan dengan buku bertemankan laptop yang sentiasa berada di sisi. Hari ini, seolah-olah hari bergembira untuknya. Peperiksaan semester baru sahaja selesai petang tadi.
‘Awak ni, kenapa? Soal Melissa.
‘Takder lah. Penat sikit je.Hari ni penat sikit’, Hadi menjawab sambil menghirup milo ais yang baru ditempah tadi.
Suasana di Restoran Purnama Hati pada malam itu cukup tenang. Kehadiran mereka seolah-olah menjadi VIP memandangkan meja masih lagi berada di tahap kekosongan secara majoritinya. Hadi dan Melissa menjamu selera dengan hidangan masing-masing. Malam ini mereka tidak banyak bercakap dan lebih kepada melayan perasaan masing-masing.
Melissa memandang wajah Hadi. Sudah lama dia mengenali jejaka itu. Daripada perkenalan yang dimulai dengan terperangkap di dalam lif sehinggalah hubungan yang teristimewa seperti sekarang. Dia amat mencintai Hadi. Perhubungan diantara dia dan Hadi diikat dia atas dasar cinta tetapi tidak tersimpul rapi. Jauh di sudut hatinya dia amat berharap Hadi turut mempunyai perasaan sepertinya.
‘Boleh saya tanya sesuatu tak’ Melissa menyambung perbualan yang terhenti seketika.
‘Tak’
‘Kenapa?’
‘Nak tanya,kena bayar 20 sen.hehe’ Hadi ketawa kecil
‘Mahalnye. Tak nak tanya lah.’
‘Gurau je lah. Ok. Apa yang awak nak tanya?’
‘Sepanjang perhubungan kita kan….’Melissa menggantung ayatnya’
‘Ape dia?’ Hadi seolah-olah tidak sabar mendengar soalan yang bakal ditanya.
‘Saya tak pernah tengok awak ke masjid.Kenapa?’spontan soalan terpacul dari Melisssa.
Hadi menelan air liur. Soalan itu terasa seperti panahan petir. Jantungnya berdegup kencang. Tubuhnya terasa panas seolah-olah mampu memasakkan sebiji telur.
’Er,biasanya yang ke masjid adalah golongan tua.’ Hadi menjawab tergagap-gagap.
‘Maknanya orang islam diwajibkan solat hanyalah golongon tua?’
‘Semua orang Islam diwajibkan solat tetapi tidak semestinya di masjid’.
‘Sebenarnya saya impikan seseorang yang boleh mengajarkan saya tentang Islam’ ujar Melissa.
‘Awak ni kenapa?Saya tahu la saya ni bukan orang yang baik.Tetapi jangan perli saya macam ni tahu!!’ Hadi meniggikan suaranya. Kata-kata Melissa seolah-olah terlalu menghina dirinya. Sejak berjauhan daripada kampung dan keluarganya, Hadi jarang memunaikan solat apatah lagi ke masjid. Hanya solat Jumaat sahaja ditunaikan. Itupun kerana malu dengan kawan-kawan sekolejnya.
‘Maaf, saya cuma….’
‘Cukup!Kalau awak sayangkan saya, jangan cakap pasal ni lagi”
‘Ok, saya janji’. Melissa menggengam erat tangan Hadi. Dia takut untuk kehilangan lelaki itu. Baginya, Hadi cukup berharga dalam kehidupan gadisnya. Namun, jauh di sudut hatinya dia amat impikan untuk menenali Islam dengan lebih mendalam.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Asyraf menikmati keindahan laut yang tenang. Mulutnya bertasbih memuji kebesaran Allah. Matanya melirik pada jam tangan yang menunjukkan jam 6 petang. Penatnya masih terasa kerana seharian suntuk bekerja. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memandu terus ke rumah. Namun kerana ikatan janjinya pada seseorang yang ingin menemuinya, dia terpaksa membatalkan hasratnya.
‘Hai, ni Encik Asyraf ke? Seorang gadis datang mendekati tempat rehatnya.
‘Ya saya. Ni Melissa? tanya Asyraf sambil membalas senyuman.
‘Jemputlah duduk’ Asyraf berdiri sambil mempersilakan Melissa duduk. Asyraf mengambil tempat yang sedikit jauh daripada tempat asalnya. Bukan kerana protokol, tetapi demi menjaga ikhtilat. Ilmu yang dipelajari di Darul Quran seketika dahulu menjadi amalan kehidupanaya. Peribadi muslim dalam muwasofat tarbiyyah sentiasa menjadi pegangan selagi mana jantungnya mampu mengepam darah dan nadinya masih lagi berdenyut.
‘Boleh tak encik ajar saya mengenai Islam?’
‘Tak perlu ber-encik. Just call me, Asyraf.’
‘Ok, Asyraf.’ Melissa mengalah.
‘Ape yang awak nak tahu?’
‘Orang Islam beriman dengan Allah. Tetapi, saya tidak pernah melihat Allah. Bahkan, saya pernah bertanya kepada orang Islam. Jawapan mereka tetap sama. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang tidak dapat dilihat?’
Asyraf membetulkan posisi tubunya. Dia menghirup udara petang itu. Hatinya berpaut rapat pada Allah S.W.T. Keindahan ciptaan Allah pada permandangan laut menambahkan keyakinannya pada yang Maha Esa.
‘Awak nampak tak budak-budak yang sedang bermain bola tampar’ Asyraf menunding jari kearah kanak-kanak yang sedang leka bermain di pinggir pantai.
‘Of couse. But why?’ Melissa bertanya kehairanan.
‘Bola itu memerlukan tekanan untuk melepasi jaringan kan?’
‘Em’ Melissa sekadar mengiyakan.
‘Adakah ia akan sentiasa kekal dengan posisinya di udara?’
‘Tak lah. Bola itu akan jatuh’
‘Kenapa ia jatuh?’
‘Bumi ni kan ada tarikan graviti’ Melissa menjawab acuh tak acuh kerana bosan seolah-olah dipermainkan oleh Asyraf. Asyraf bangun sambil membetulkan kemejanya. Dia memandang ke arah Melissa kemudian tersenyum sinis. Melissa membalas senyuman tersebut tanpa mengerti apa yang bermain di fikiran lelaki tersebut.
‘Inilah hakikat alam. Kamu boleh menyatakan bahawa tarikan graviti itu wujud sedangkan kamu tidak melihatnya. Ia dikuatkan dengan hujah sesuatu objek yang berjisim itu tidak akan kekal apabila berada di udara’ ujar Asyaf.
‘Yes. Semua manusia mengiktiraf teori ini. Tetapi apa kaitan dengan kewujudan Tuhan yang disembah oleh orang Islam tetapi mereka sendiri tidak melihatnya?’
‘Manusia secara hakikatnya memang tidak dapat melihat Allah S.W.T. Tetapi, secara logiknya cuba perhatikan alam ini. Bermula daripada sebesar-besar planet sehingga kepada sekecil-kecil zarah. Dan daripada manusia biasa seperti saya sehinggalah kepada Cik Melissa yang cantik ni….”
‘Awak ni ‘ muka Melissa merona kemerahan menahan perasaan malu apabila dipuji.
‘Jadi adakkah tidak terfikir dalam pemikiran kita yang cukup intelektual tanpa sempadan ditambahkan pula pada zaman manusia pada hari ini mengejar era kemajuan globalisasi di kala zaman semakin menurut kehendak manusia yang tidak terbatas tak kanlah kita tak boleh fikir yang alam ini ada pencipta’. Asyraf mematikan hujah.
Melissa merenung alam yang tebentang luas. Laut tetap membiru walaupun ratusan jasad menghempaskan tubuh malah tidak pula melimpah menyusuri dasar.
‘Allah itu sempurna sifatnya. Kehendak dan kemahuan-NYA tidak terbatas. Jadi, tak mustahil lah dia boleh mencipta manusia cantik,lawa dan baik seperti Melissa’ Asyaf cuba menyakat namun di sebalik ayatnya terselit makna yang mendalam.
‘Cukupla. Awak ni saje je kan. Nak kenakan saya.’ Melissa beralih dari pangkinya cuba untuk memukul Asyaraf dengan pukulan manja. Asyraf mengelak dan menjarakkan dirinya daripada Melissa.
‘Ops. Ikhtlat, Ikhtilat. Hehe.’ Asyraf tersenyum menetas jahitan memori ketika belajar di Darul Quran. Ayat itulah yang sering digunakan oleh pelajar wanita terutamanya di semester satu. Islam tidak mengharamkan ikhtilat ataupun pergaulan di antara lelaki ataupun perempuan tetapi biarlah setiap perilaku dalam hubungan itu bermatlamat yang tidak bercanggah dengan syariat dan di atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’.
‘Hoi!!!Korang buat ape ni??
Lamunan Ayraf menghilang di bawa oleh arus suara yang mendatang secara tiba-tiba. Asyraf dan Melissa terpana. Seseorang yang cukup mereka kenali kini berada tepat di hadapan mereka. Hadi!!
‘Sampai hati abang sanggup merampas segala kebahagiaan yang Adi miliki. Abang gantikan kebahagiaan Adi dengan kesengsaraan. Abang tak pernah nak fahami perasaan Adi. Daripada kecil lagi abang memang tak puas hati dengan Adi kan??Abang tahu tak kenapa Adi tak nak balik kampung sampai sekarang. Adi benci sangat dengan abang. Abang buat mak benci pada Adi..’
‘Tolong jangan sabitkan mak dalam hal ni. Tiada seorang ibu pun yang bencikan anak dia dalam dunia ni.’
‘Argh!cukuplah. Lepas rampas mak dari aku. Kau nak rampas Melissa pulak yer!!’ Hadi tidak mampu mengawal perasaanya. Terasa dunia terlalu sempit. Kebencian pada abangya selama ini terlepas jua melalui kata-kata yang dia sendiri tidak mampu difikirkan ketika itu.
‘Tolong faham keadaan Di. Ni first time kami jumpa and kami tak berbual apa-apa melainkan abang cuba jawab soalan yang Melissa nak. Itu jer’, Asyraf cuba menerangkan keadaan sebenar walaupun dia tahu sukar untuk Hadi menerimanya ketika itu.
‘Oh tak berbual apa-apa ya. Habis tu sampai boleh bergelak ketawa dan bergurau senda tu kenapa? Kau jangan nak tipu aku. Aku daripada tadi lagi perhatikan….’
‘Hadi!!. Tolog beradap sikit boleh tak. Dia tu abang..”
Pang!!!
Satu tamparan hinggap di pipi Melissa. Melissa memegang pipinya yang kemerahan Cukup sakit untuk diluahkan. Namun sakit di hatinya jauh lebih perit dan memilukan dan mungkin akan meninggalkan parut kesedihan.
‘Kau jangan masuk campur urusan aku. Dasar perempuan tak tahu malu. Mulai saat ini kau dan aku tak ada pa-apa lagi. Faham!!.
Air mata Melissa yang tertahan sejak tadi tidak mampu untuk terus berdiam. Empangan air matanya pecah jua. Wajahnya yang kemerahan dibasahi oleh air mata yang yang turun dengan begitu laju kemudian jatuh ke bumi. Biarlah bumi menjadi saksi tentang kesedihanya hari ini.
Hadi memandu wiranya melalui jalan utama. Hatinya ternyata masih belum puas. Kemarahanya tidak terubat dengan tamparan dan penghinaan. Kelajuan kereta dipertingkatkan ke tahap maksima. Hatinya terasa sedikit puas dengan kelajuan kereta yang dipandunya. Namun, kepuasanya hanya seketika kerana selekoh yang tajam hadir tanpa didahului dengan ucapan jemputan daripada pengerusi majlis.
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
‘Saya pergi dulu ya Mak Jah’
;Terima kasih la sudi melawat anak mak cik. Oh, nama anak apa ya?
‘Siti Amirah’ gadis itu tersenyum kelembutan. Keayuanya diserikan lagi tudung biru laut yang menghiasi pakaian dan sekaligus menjaga kehormatan sebagai perempuan yang beragama Islam.
‘Nak abang hantar ke? ‘ Asyraf mengajukan soalan.
‘Arghh. Hadi kat mane ni.?’suara hadi memecah perbualan.
‘Mak, saya panggil doktor dulu ya.’ Asyraf meminta keizinan.
‘Eh, takpelah. Biar saya yang panggil. Lagipun saya dah berdiri kat muka pintu’. Siti Amirah terlebih dahulu merelakan pertolongan. Asyraf akur dengan permintaan Siti Amirah.
‘Sabar Di. Mak ada kat sini’. Hadi merenung wajah tua ibunya. Terbit kesayuan di hatinya kerana terlalu lama berjauhan dengan ibunya. Namun di kala dia mengalami kesusahan, ibunya jugalah yang sanggup menemani kehidupan seharianya.
Wajahnya beralih ke arah Asyraf. ‘Abang, maafkan Hadi bang’. Hadi bangun untuk memeluk abang kesayanganya. Namun perbuatan itu terhalang oleh tubuhnya sendiri.
‘MASYA ALLAH!! Abang, mana kaki Hadi bang?’
Asyraf tidak mampu menahan air matanya sebagai seorang lelaki. Jiwanya cukup tabah menghadapi segala dugaan hidup sebelum ini. Namun, dia tidak mampu berlakon perasaan tatkala mendengar rintihan daripada adik kesayanganya. Air matanya keluar tanpa dipaksa seraya memeluk tubuh adiknya, Hadi.
‘ Sabarlah dik. Ini semua ujian daripada Allah. Bersabarlah kerana di situ terselitnya rahmat yang tidak dapat disangkakan. Hadi terlibat dalam kemalangan dalam lima bulan yang lalu.’ Ayraf terpaksa berterus terang walaupun itu bukan masa yang sesuai.
‘ Baguslah. Kalau awak dah sedar. Insya Allah pihak hospital akan buat pemeriksaan susulan.’
Hadi memandang doktor yang berlalu pergi. Pandanganya beralih kepada gadis bertudung biru di sebelah Asyraf.’ Tak sangka dalam masa lima bulan ni abang dah kahwin. Maaflah tak sempat nak pergi kenduri abang. Haha.’ Hadi berjenaka demi menutup kesedihan. Ketawanya diiringi oleh Asyraf dan ibunya. Mereka seolah-olah kembali kepada satu zaman yang telah lama mereka tinggalkan. Zaman di mana manisnya sesebuah kekeluargaan. Mungkin inilah rahmat di sebalik peristiwa yang berlaku kapada Hadi.
Hadi tiba-tiba teringat kepada Melissa.
‘Abang, Melissa mana? Terbit kekesalan dalam hatinya memikirkan peristiwa lima bulan yang lalu.
‘Maaf. Dia dah tak ada sekarang.’ Suara Asyraf tersekat-sekat. Sekali lagi Hadi menitiskan air matanya. Matanya memandang siling yang putih kekosongan sama seperti hatinya ketika ini.
‘Hadi..’ Siti Amirah menghampiri dan duduk di sisi katil.
‘Apa yang berlaku biarlah berlaku. Saya telah memeluk Islam. Melissa akan menjadi nama yang kekal di hati saya. Namun Siti Amirah adalah nama saya untuk bertemu dengan Allah S.W.T.’
Hadi terpana seketika. Seolah-olah dunia berputar mengelilinya. Namun, hatinya berbunga bahagia. Mungkin kerana pandangan Siti Amirah yang ditundukkan sejak tadi menyebabkan dia gagal untuk mengecamnya.Ikhtilat!!
‘Hadi, andai cinta itu dapat ditafsirkan nescaya akan aku jadikan darah di dalam tubuhku intuk dijadikan tinta kepada pena untuk menulis warkah cinta kepadamu. Namun, cintaku kepada Allah itu melebihi segalanya. Kerana itulah aku memerlukan seseorang yang mendampingi aku untuk memautrapatkan cintaku kepada Allah. Aku bukanlah RabiatuL-Adawiyyah yang sentiasa teguh dengan keimananya.Hadi, saya sudah terlalu lama menanti kesedaran awak dia alam nyata. Kini, saya nak akhiri penantian ini dengan ikatan yang bukan sahaja berada di awang-awangan tetapi tersimpul rapi dengan pernikahan. Siti Amirah menerima Mohammad Hadi seadanya’.

Thursday, December 2, 2010

KEHEBATAN SALAHUDDIN AL-AYUBI

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

Peta Emperium Kekuasaan Salahuddin


Kompleks pemakamannya terletak di sebuah masjid Ummayad di sebelah Utara masjid Agung Damaskus




MAKAM SEDERHANA -Sehagai pemimpin besar, Salahuddin terkenal amat sederhana. Saat wafat, ia hanya meninggalkan harta 66 Dirham Nasirian. Makamnya di Damaskus terlihat sederhana



KHARISMA - Walaupun menjadi lawan, orang Eropa mengakui Salahuddin sebagai Sultan yang sangat berkuasa. Dalam gambar yang dibuat pelukis Eropa, tampak Salahuddin menggenggam bola dunia. Lambang bahwa Salahuddin sangat berkuasa







Salahuddin dalam lukisan kepingan uang Dirham





Salahuddin al Ayubi