Friday, August 27, 2010

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!!!

Banyak ayat-ayat Al Quran dengan jelas mengatkan bahawa orang-ornag kafir akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebab bagi orang-orang kafir sudah jelas keingkarannya terhadap Allah, samada diadili ataupun tidak di Padang Mahsyar nanti bagi mereka tetap telah disediakan neraka sebagai seksaan. Betapapun diadakan pengadilan kepada mereka tidak ada amal kebaikan bagi mereka untuk menebus kemusyrikan mereka itu dan akhirnya merekapun dicampakkan di dalam api neraka. Firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan mereka tidak juga akan beriman. Allah telah mengunci mati hati mereka serta penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat". (Al Baqarah 6-7) Sebelumnya kita lihat maksud surah Yaasin ayat 12: "Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menghidupkan orang-orang yang mati dan menuliskan apa-apa yang telah mereka usahakan dan juga bekas-bekas pekerjaan mereka. Dan tiap-tiap sesuautu itu Allah perkirakan di dalam kitab yang terang".
Sesudah Allah nyatakan tentang amaran dan khabar gembira pada ayat sebelumnya, maka Allah menjelaskan pula bahawa Dia berkuasa menghidupkan orang-orang yang sudah mati. Setengah ahli tafsir menambahkan boleh juga maksud 'menghidupkan orang yang telah mati' maksudnya hati yang sudah mati kerana pada mulanya dalam kekufuran dapat dihidupkan-Nya dengan dianugerahkan taufik dan hidayah, lalu diisi dengan keimanan sebagai roh atau jiwa yang baru.
Allah juga menyatakan bahawa Dia akan menuliskan apa-apa yang mereka usahakan samada amalan baik ataupun jahat. Begitu juga bekas-bekas usaha mereka yang baik seperti ilmu yang diajarkan, sedah diberikan kepada masjid dan surau dan sebagainya. Begitu juga bekas-bekas usaha yang jahat seperti membuat pakatan yang jahat, menyediakan hotel khas untuk orang berzina, tempat berjudi, dan tempat minuman yang memabukkan. Selagi tempat ini masih ada, walaupun ia telah meninggal dunia maka dosa-dosa yang dilakukan orang lain dia masih tetap menerima saham dosa tersebut.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiap membuat amalan kebajikan di dalam Islam maka akan didapati pahalanya dan juga pahala orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat atau memulakan perbuatan jahat di dalam Islam maka akan didapati dosanya dan juga dosa orang yang mengerjakan selepasnya dengan tidak berkurang sedikitpun dari dosa mereka". (Riwayat Muslim) Tidaklah bertentangan dengan setengah pendapat mengatakan bahawa orang kafir akan terus masuk ke dalam neraka. Ini disebabkan bagi orang kafir dihisab atau tidak dihisab bagi mereka tetap akan menerima seksaan neraka seperti yang dijanjika Allah dalam ayat-ayat Al Quran. Sedangkan bagi orang muslim, akan dikira amal kebaikan dan kejahatannya walaupun sebesar zarah sekalipun kerana mereka masih mempunyai tempat untuk berpaut iaitu iman kepada Allah. Tergantunglah kepada ketentuan yang akan mereka terima jika amalan baik melebihi amalan jahat, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya jika amalan jahat melebihi amalan baik, maka mereka akan dilebur terlebih dahulu ke dalam api neraka sehingga masa yang ditentukan, barulah setelah itu dimasukkan ke dalam syurga.















































SESUNGGUHNYA SEKSA ALLAH AMAT PEDIH DAN MENYAKITKAN.

No comments:

Post a Comment