Friday, September 14, 2012

Merasai apa yang dirasai

Tubuh dilentangkan di atas katil. Siling menjadi renungan. Handset nokia xpress music di manipulasi. Beberapa lagu dimainkan sekadar memecah kesunyian di hujung minggu. Lagu berirama melalui earphone. Lagu menjadi pengiring kepada lena yang panjang. Otak ligat mengimbas kembali pengalaman memancing pada tengah hari yang panas tadi. Kepanasan cahaya matahari bercampur dengan keseronakan memancing bersama kawan-kawan menyebabkan tubuh menanggung keletihan yang amat sangat pada malam ini. Di saat mata sudah mahu tertutup, aku mendapat satu panggilan.

Pemanggil                      : Assalamualaikum.
YDP (Yang Di Panggil) : Waalaikumussalam. Sihat ker?(soalan macam biase)
Pemanggil                      : Alhamdulillah. Enta  macam mane?
YDP                                 : Ana ok je. Enta kat mane ni?
Pemanggil                       : Enta nak ana ada kat mane?

(Soalan yang dijawab dengan soalan, maka jawapan mula tidak tahu dimana  
         dia perlu berada.)
YDP : Ada kat sini ke?

(Sekali lagi soalan yang dijawab dengan soalan mula menimbulkan soalan yang baru menyebabkan jawapan sudah menyisihkan dirinya.)

Pemanggil : Ha’a. Ana dekat tangga blok A. Dekat bilik rehat.

(Jawapan yang menyisihkan dirinya mula timbul dalam kegelapan apabila merasakan dirinya terpanggil tanpa suara di saat soalan sudah kehabisan populariti.)

Sememangnya adalah dia. Orang yang banyak memerah keringat dan memulas idea untuk mentarbiah aku. Jam sudah menunjukkan waktu mula menghampiri lewat malam. Baju diperkemas, jam dipadankan, rambut disikat dan aku mencapai bekas air yang masih berbaki  jus K-lime. Penat masih terasa, mata sudah dikuasai rasa mengantuk. Tapi, aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan dia sekejap. Katanya, hadir hanya untuk seketika. Sekadar mengangkut barang-barang yang masih berbaki. Hampir lima bulan kami terpisah, masa mendepani zaman, jarak sentiasa berubah mengikut kesesuaian. Dia adalah naqib usrah aku.

‘’macam mane usrah sekarang?’’
‘’InsyaAllah ok. Tadi, ana pergi memancing dengan Halim.’’ 

Kami bersembang santai. Sebuah kereta myvi bewarna merah yang sarat dengan barang-barang memenuhi ruang tempat duduk.

‘’Belajar di kampus mana-mana sama sahaja. Di saat kamu belajar inilah kamu seolah-olah mengutip mutiara.....’’

‘’Dan kita pegang mutiara itu dengan kemas agar tidak tercicir ‘’ aku menyampuk.

‘’Ya. Apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia. Keberjayaan di dalam usrah itu bermula apabila ahlinya FAHAM dan AMAL dengan ajaran islam.’’

Kata-katanya aku hayati sepenuh jiwa. ...dia pernah berkata ‘’apabila kamu hendak mengatakan sesuatu, pastikan kamu melakukan terlebih dahulu kerana itulah yang dinamakan sebagai hikmah.’’

‘’Berubah itu bukanya susah. Cuma ia bergantung kepada pemilihan kita sama ada kita hendak ataupun tidak. Umat islam harus cemerlang. Dengan titte yang kita ada seharusnya kita lebih kehadapan berbanding orang lain. Sama ada dari sudut behaviour, attitude, muamalat dan segalanya.

Cukup banyak sekiranya aku ingin melakar kembali mutiara kata daripada per’sembang’an kami pada malam itu. Namun, lebih kurang setahun kami berusrah, sejujurnya pada malam itu aku baru mengerti apa yang dia ingin sampaikan selama ini. Memang betul hidayah itu adalah milik Allah. Dan, sememangnya adalah betul, Oleh itu, usaha dakwah perlu kepada komitmen dan konsisten.

Di antara sebab aku memahami apa yang dia ingin sampaikan adalah kerana aku juga memegang taklifat sebagai naqib sekarang. Baru tahu, bukan mudah nak jadi naqib. Apabila aku membandingkan diriku dengan dirinya, teramat jauh. Apabila kita berada di tempat seseorang, barulah kita merasai apa yang dirasai.

Seorang ustaz ketika aku belajar di sekolah menengah pernah memberi nasihat apabila ada pelajar yang tidak berpuas hati dengan layanan ibubapa yang dilabelkan terlalu kasar.

Maka katanya :

‘’Kita mungkin tidak berpuas hati dengan apa yang kita tidak suka. Tetapi, apa yang dia lakukan ada tujuan yang tersendiri yang mungkin baik untuk kita dalam keadaan kita tidak mengetahuinya. Dan kita hanya akan memahami seseorang apabila kita berada di tempatnya dan barulah kita merasai apa yang dirasai.’’

Isu tidak berpuas hati dengan organisasi kepimpinan di peringkat sekolah atau di peringkat kampus adalah perkara biasa. Namun, amat tidak professional sekiranya kita mengambil jalan pintas dengan memboikot atau memburukkan organisasi tersebut. Seteruk mana pun mereka, mereka adalah manusia seperti kita. Dan adakah kita mampu meletakkan diri kita dalam kalangan manusia yang tiada dosa?Apabila kamu berada di tempatnya, kamu akan merasai apa yang dirasai.

Maka, ketika itu barulah kamu layak untuk menghukum.   Jadilah manusia yang professional.

1 comment:

  1. pemimpin yg terfitnah, hanya Allah yg kebenaran sebenar. Orang lain hanya lihat dari luaran.

    ReplyDelete