Monday, July 2, 2012

Kehilangan Barang Beharga



Amran bersiap-siap  untuk menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid. Petang itu, dia besiap lebih awal daripada biasa. Kesedaran mula berputik di hatinya apabila mendengar kuliah asar yang menceritakan golongan yang mengambil ringan tentang solat berjemaah.Masih terngiang-ngiang di telinganya hadis  yang di baca oleh Ustaz Abdul Rahman. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mua’z bin Anas daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda telah bersabda

“Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru Allah yakni muazzin yang menyeru kepada solat tetapi mereka tidak pergi menyertai solat berjemaah “                      (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)

Di hati kecilnya sudah lama mengimpikan untuk berada di masjid sebelum masuknya waktu solat, namun kesedaran itu tidak disokong oleh kekuatan. Bibirnya tidak putus-putus memuji kebesaran Allah. Kain pelikat disarungkan kemudian dipadankan dengan baju raihan bewarna hitam. Kain serban dililitkan di atas niat untuk mengikuti sunnah junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan qudwatun hasanah. Tanganya meraba-raba bakul kecil yang menjadi kebiasaan dia menyimpan kunci bilik.
‘Alamak, mana pulak kunci bilik. Biasanya dalam ni je tempat dia.’ Amran berbisik dalam hatinya sambil memperkemaskan ikatan serban.
Dia menjenguk ke bawah katil, di bawah meja kemudian memerhati setiap sudut bilik. Namun, masih tidak dijumpai. Pintu almari pakaian dibuka, dia menyeluk ke dalam kocek baju kuliah. Hampa. Dia mengerling jam dinding. Jarum panjang menghampiri angka enam. Azan maghrib sudah berkumandang.
‘Allah Maha Besar, aku masih belum berjaya untuk hadir ke masjid lebih awal.’ Amran mengeluh kecewa. Tidak dapat tidak, dia harus meninggalkan bilik dalam keadaan tidak berkunci. Dompet, netbook dan barang beharga yang lain dipastikan dalam keadaan selamat supaya tidak berlaku penyesalan di atas kecuaian.
Suara imam begitu menyentuh hati. Namun, Amran tidak dapat meletakkan dirinya dalam kalangan orang yang kusyuk. Dia masih memikirkan di mana kunci bilik tersebut diletakkan. Selesai sembahyang, dia bergegas ke bilik untuk makan malam. Dia menyelak daun pintu. Terkunci!! Fikiranya cepat-cepat menangkap.
‘’Oh, hari ni Hafiz ke masjid’, Amran teringatkan kawan sebiliknya. Lupa untuk dia memesan agar jangan mengunci bilik. Namun sudah terlambat. Dia berpatah balik menuju ke masjid. Malam ini, dia terpaksa mengisi perut selepas Isyak.
‘’Amran, bilik kau kunci ke?’ satu suara menegur dari belakang. Dia menoleh. Irham. Rakan sebelah biliknya mengajulan soalan.
‘’Ha’ah.’’ Amran membalas kemalasan kerana perut yang lapar mengundang  perasaan yang kurang senang.
‘’Aku ingatkan nak masuk bilik kau kejap sebab pintu bilik aku berkunci. So, daripada bilik kau, aku boleh panjat melalui tingkap masuk bilik aku. Tapi, bilik kau pun terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui bilik Farhan.
‘’Kau nak masuk melalui bilik Farhan’’, Amran bertanya sambil memandang ke arah bilik Farhan.
‘’Ha’ah’’ giliran Irham membalas acuh tak acuh.
‘’Memandangkan kau nak masuk melalui bilik Farhan, mesti kau lalu bilik aku dulu kan?’’
‘’Ye la’’ Irham menjawab sambil kakinya memanjat tingkap bilik Farhan.
‘’Tolong buka pintu bilik aku sekali’’ Amran menagih simpati dengan muka yang tersengih-sengih seperti kanak-kanak tadika yang mendapat Apolo.
‘’Kalau nak minta tolong, pandaila pulak buat muka kesian’’, Irham menyindir. Amran hanya tersenyum.
‘’Baik-baik Irham, ni tingkat tiga tau’’, Amran memberi pesanan. Kasih seorang sahabat.
Amran mengucap syukur kepada Allah. Selesai makan malam, dia meneruskan pencarian kunci bilik. Namun, jawapan yang sama dia temui. Jawapan yang membenihkan hampa dan membuahkan kecewa. Jam sudah menunujukkan pukul 8.30. Dia harus bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Tambahan pula, dia harus bersama dengan usrah selepas Isyak.
Hatinya gusar. Dia bimbang sekiranya solat Isyak juga seperti solat Maghrib tadi. Tidak khusyuk. Di hatinya mengucap nama Allah, ternyata perkara seperti kunci membawa keresahan dalam hatinya. Di saat seperti itu, dia teringatkan surau tempat dia menunaikan solat asar dan mendengar kuliah. Mungkin tercicir di situ. Hatinya berbisik sendirian. Dia bergegas menuju ke surau. Dia memerhati segenap sudut. Dan ternyata, dia tercicir di situ. Lantas dia sujud syukur mengucap terima kasih kepada Allah. Selepas itu, Amran bergegas ke masjid meredah rembesan hujan dalam kegelapan malam menyahut seruan ‘hayya alas solaaah’...

KeSIMPULAN

Kisah dia atas pernah berlaku ke atas anda? Mungkin sebahagian mengiyakan. Menandakan peristiwa seperti itu pernah berlaku dalam hidup mereka. Jalan penceritaan tidak sama, tetapi seakan-akan kisah seperti itu pernah kita lalui. Betul tak?? Hehe.

Kita akan merasa resah dengan kehilangan barang yang beharga. Seperti kisah di atas. Kunci bilik, kunci kereta, kunci pejabat sebenarnya bukanlah benda yang beharga. Namun, ia adalah perantaraan harta milik kita yang beharga.
Kita mengambil contoh yang lain. Dompet kita. Adakah kita akan meletakkan di merata tempat? Katakan tidak sekiranya anda seorang yang waras. Hehe. Begitu juga dengan kereta, telefon bimbit dan komputer riba. Kenapa? Jawapanya adalah, kerana barang-barang itu amat beharga.
Ok lah, kita memandang sesuatu yang beharga dari sudut perhubungan pula. Kita ada keluarga. Dalam keluarga, kita tetap mempunyai ibubapa walaupun kita anak tunggal. Ibubapa yang sudah bercerai atau sudah meninggal, saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa. Namun, ibubapa adalah orang yang beharga dalam hidup kita kan? Jadi, kerana mereka adalah insan yang beharga, kita berusaha untuk menjaga mereka.
Saya membawa contoh yang lain di dalam soal perhubungan. Andaikan, anda sekarang sedang dilamun cinta. Saya rasa tak perlu andaikan sebab memang majoriti sedang bercinta sekarang.hehe. Saya je yang cinta tak terbalas. Hehe. Tu soal lain la. Bab cinta kita diskusi lain kali. Ok, sekarang kamu sedang gambarkan yang kamu sedang bercinta dengan seseorang. Kamu amat mencintai nya. Dialah segala-galanya bagi kamu. Kamu sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Pengorbanan masa, kewangan dan segala-galanya semata-mata untuknya. Kerana apa? Kerana kamun amat mencintainya. Kamu takut untuk kehilanganya. Berpisah denganya, ibarat berpisah dengan dunia yang penuh fatamorgana ini. Kerana apa? Kerana dia amat beharga bagi hidupmu.
Contoh yang terakhir, kamu pernah melihat orang-orang kaya yang memiliki harta yang bertimbun-timbun?Mereka sanggup mengupah pengawal untuk menjaga kediaman mereka. Pernahkah kamu melihat sebuah bank yang tiada pengawal? Sebuah sekolah,instisusi, kediaman rasmi kerajaan tanpa pengawal? Tempat-tempat larangan tanpa pengawal? Katakan tidak sekiranya kamu seorang yang berakal. Kenapa diperlukan pengawal? Untuk menjaga keselamatan la!!! Relax- relax, jangan marah. Keselamatan harus dijaga, kerana tempat itu adalah beharga....
Cukuplah contoh-contoh di atas. Saya mengira terlampau banyak saya memberi contoh sehingga boleh membawa kepada keraguan. Tambahan pula, mungkin kamu mengira saya sedang membebel.hehe.
Kamu tanya hati kamu, adakah Allah itu beharga untukmu??? Dengan pantas kita menjawab ‘ya’ .Bahkan, Allah lah segala-galanya dalam hidup kita. Tetapi, adakah rasa beharga itu hanya dinyatakan di lidah melalui perkataan ‘ya’??
Kalau kita sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk menjaga security kereta, rumah dan pejabat kita. Berapa ringgitkah yang telah kita infakkan pada jalan Allah??
Kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan orang yang tersayang semata-mata mahu menjaga hubungan denganya. Tetapi, berapa minitkah masa yang kita peruntukkan untuk bersama Allah??
Kita rela membaca ayat-ayat cinta daripada kekasih kita berulang-ulang kali dengan sepenuh hati. Gembira pada ayat-ayat cinta dan turut sedih di saat kekasih kita meluahkan masalah untuk membuktikan yang dia beharga untuk kita. Tetapi, sejauh mana kita menghayati ayat-ayat Allah S.W.T.??
Kita sentiasa ‘upgrade’ barang-barang kita seperti handset untuk kelihatan canggih dan berkualiti walaupun terpaksa menghabiskan ratusan ringgit. Tetapi, pernahkah kita ugrade ibadah kita walaupun ianya adalah percuma??
Kita juga sanggup bergayut dengan insan yang tersayang sehingga tidak tidur malam sambil lafaz-lafaz cinta dihamburkan. Tetapi, pernahkah kita memilih malam untuk melabuhkan tahajjud sambil bibir melafazkan ayat-ayat Al-quran???

Sekadar renungan untuk sahabat-sahabat dan diri ini yang masih perlu kepada bimbingan. Malam ini, aku menulis dengan kesepian kerana angin bertiup mesra melambai-lambai ke arah tingkap yang terbuka luas. Ok, jumpa lagi.

Hasil Nukilan,
Idris Azmi,
2 JULAI 2012.

No comments:

Post a Comment