Thursday, August 23, 2012

How Succesful People Think

Hari raya ke lima
Jalan Hamzah masih lagi jem...penuh sesak dengan kenderaan yang mempunyai haluan yang tersendiri...kadang2 aku terfikir...manusia ni nak kemana la ramai2??

Persoalan itu membawa aku sendiri yang terasa...

Habis tu, aku nak kemana?
Bukankah diriku ini salah satu pembawa kepada jem...

Ruang legar KB Mall teramat sesak..raya kelima pun masih lagi nak bergembira..aku terus menuju ke kedai buku Popular..diriku yang kurang berminat di pasaraya membuatkan aku fokus kepada tempat yang dituju...

aku menyelak buku2 di bahagian rak motivasi..aku fokuskan pencarian kepada sebuah buku karangan John C. Maxwell yang bertajuk HOW SUCCESFUL PEOPLE THINK...

Hampir setengah jam pencarian,akhirnya bertemu jugak..setengah jam pencarian menyebabkan aku sudah jatuh hati dengan dua buah buku yang lain...

1) mencari makna hidup -parlindungan marpaung
aku sangat berminat dengan cara penulisanya...kali pertama aku baca tulisanya dalam buku 'setengah berisi setengah kosong' pada tahun 2010..apabila muncul buku yang seterusnya,aku terus jatuh cinta dan terus melamar agar dia menjadi milikku..setakat ini sudah tiga buah buku yang diterjemahkan dalam bahasa malaysia diterbitkan oleh PTS..selain dua yang aku sebutkan tadi,buku yang seterusnya adalah HIDUP ADALAH PILIHAN..aku mesti mendapatkanya..

2)Teori kaunseling AL-GHAZALI
Bahawa sesudah nabi Muhammad,ada dua tokoh yang besar jasanya menegakkan Islam. Pertama, Imam Bukhari kerana pengumpulan hadisnya. Kedua, Imam Ghazali kerana Ihya'nya. kata-kata daripada tokoh kristian.

Buku How Succesful People Think adalah bahan bacaan paling padat. Penulisnya adalah pakar kepempinan Amerika mengajar kita cara menjadi lebih kreatif serta masa yang sesuai untuk kita mempersoalkan pemikiran dan pendapat popular.Kita juga diajar cara melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih luas sambil memfokuskan pemikiran bagi mencapai kejayaan.

Untuk pengetahuan lebih lanjut,boleh dapatkan di kedai buku. Saya bukan nak promote buku ni..Cuma, saya mahu memberi pendedahan kepada sahabat2 saya yang berbangsa melayu supaya kita boleh memperuntukkan masa bagi membaca penulisan daripada barat.. saya akui banyak pertentangan fakta lebih-lebih lagi yang merujuk kepada agama..Tapi,terlalu banyak kajian2 daripada barat yang wajar untuk diterima.

Di antara karya-karya yang saya sarankan untuk dibaca..
#why men dont listen and women can't read map
#men are from venus women from mars
#make today count
#everyone communicates few connet
#dan banyak lagi....

Yang penting,jadilah kita bangsa yang SUCCESFULL PEOLE THINK....

No comments:

Post a Comment