Thursday, August 23, 2012

Nasi RM 2..masih wujudkah ?

Salam pagi jumaat...

Juga dikenali sebagai Sayyidul Ayyam..penghulu bagi segala hari.

Sebelum menulis,berlaku beberapa peristiwa yang pelik. Sebenarnya tak pelik pun..Tapi disebabkan saya yang merasakan ia pelik. Maka, peliklah akan ia.  Orang lain biase2 aje..hehe.

Pertama...kenapa ramai orang tak pergi kerja hari ini?

Kedua..seorang kawan mengajak pergi ke medan ilmu untuk mendengar kuliah pagi jumaat.

Rupa-rupanya,hari ini hari jumaat..baru aku tahu..maka kepelikan tadi terjawab..alahai..

***********skip**********

Pagi ini,aku bersarapan di sebuah kedai makan di Tanah Merah..Perjalanan daripada Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Saya mengambil tempat di meja makan selepas selesai memilih makanan. Dua ketul ayam goreng bersama nasi dengan kuah gulai. Saya ditemani oleh seorang rakan...

Secara ringkasnya, apabila siap..kami memanggil seorang akak untuk mengira jumlah yang perlu dibayar..

''nasi lauk ayam goreng dua'',kawanku memberitahu tanpa ditanya.

''minum air apa''?

''teh ais dan air suam''

''Totally RM 5'' dia memberitahu sambil tersenyum.

Kawanku membayar harga makanan dan minuman.

''murahnya'',dia memberitahu aku.

''erm'' aku mengiyakan...nasi dua pinggan dan segelas teh ais beharga RM5. membawa erti :

TEH AIS - RM 1
NASI       -RM 2 satu pinggan

Angin pagi bertiup sempoi...daun-daun yang sudah tua mula berguguran..di dalam kereta, aku masih tidak menyangka harga nasi beharga RM2. mungkin disebabkan aku terbiasa dengan suasana di bandar metropolitan..Harga nasi itu menyebabkan aku menetas jahitan nostalgia pada kisah silam..

Darjah satu....
Aku melangkah menuju ke alam persekolahan..Berbekalkan duit belanja sebanyak 50 sen..50 sen sahaja? ya....aku masih ingat, dengan duit 50 sen itu aku sudah dapat membeli sepinggan nasi.
Air? minum sahaja air masak yang dibawa dari rumah..Pada sebelah petang, berbelanjakan 20 sen. Aku menuju ke kelas qiraati.

Darjah tiga...
Seingat aku, harga nasi masih lagi 50 sen..Cuma duit belanja sudah ditambah 20 sen untuk membeli air. 30 sen untuk ke kelas qiraati pada sebelah petang...RM 1 sehari sudah cukup.

Darjah enam....
Di upgrade kepada RM 2 kerana banyak kelas tambahan....

Sekolah Menengah....
Oleh kerana menetap di asrama, aku dibekalkan dengan belanja mingguan..iaitu RM 10 seminggu..Kemudian,naik kepada belanja bulanan iaitu RM 50 seminggu.

Sekarang??
Alahai...dapat lagi ke nasi 50 sen..jangan harapla...nasi RM 2 tu pun mungkin kebetulan ada..budak-budak zaman sekarang ni dah tak pandang dah RM 1..bagi duit raya pun,dia bagi balik dekat kita...mewahnya kehidupan sekarang..masih aku ingat,duit 5 sen pun ibubapa mengajar kita menyimpan...katanya...buat belajar kat universiti..hehe..cuba cari,ada tak mahasiswa universiti sekarang yang simpan duit 5 sen ...apatah lagi satu sen...kalau ada yang simpan,mungkin buat koleksi..maka, tak pelik kalau budak-budak zaman sekarang tak kenal duit syiling 5 sen dan satu sen..yang kenal pulak kita rasa pelik..

Zaman mahasiswa...
Bas daripada kuala Lumpur tiba seawal jam 3 pagi...aku menumpang kereta kawan daripada stesen bas ke rumah..Rumah kosong...keluargaku memilih untuk beriktikaf di akhir ramadhan..beberapa jam lagi akan berkumandang waktu subuh..aku memilih untuk tidak tidur kerana  bimbang terlepas waktu bersahur..

Tepat jam 5 pagi, aku tiba di KFC ..snack plate spicy di tempah..

RM 10.60....harga tertera di skrin.

Aku membayar..di usia sekarang, ,menjadi kebiasaan apabila makan mencecah puluhan ringgit..cukup berbeza di usia kanak-kanak.

Oleh kerana,soal harga sudah melambung tinggi...maka pakaian tidak ketinggalan.

Di usia remaja,harga baju melayu sekitar belasan ringgit menjadi pilihan aku.T- shirt pula di bawah harga RM 10.Namun, untuk raya pada tahun ini,aku tidak merancang untuk berbelanja. Aku ingin menghayati bagaimana orang-orang susah meraikan hari raya.. Namun, dalam keadaan tidak merancang,aku terbeli beberapa helai baju...

Jubah             - RM 90 (discount)
Kemeja          - RM 50 (discount)
Kot Hi-Style  - RM 120

 Alahai..apa ni...itupun selepas discount..berbelanja mencecah ratusan ringgit...Namun,ia dianggap sebagai biasa...aku cukup rindukan di zaman kanak-kanak...berbelanja sekadar sahaja sambil bergembira dengan sepuasnya..Apakan daya,zaman sudah berlalu dan tak mungkin berulang..

Apabila memikir masa depan,aku tertanya-tanya....

Adakah kanak-kanak di zaman akan datang memandang RM 50 hanya jumlah yang kecil....?

Fikir-fikirkanlah..didiklah dirimu dengan merasakan eri syukur.

No comments:

Post a Comment