Thursday, August 23, 2012

Soal Kepimpinan...Mudahkah?



Soal kepempinan???

Erm,,,,,,
saya bukan lah orang yang berpengalaman sangat.

Namun, sejak menjejakkan kaki ke alam universiti. Seolah-olah diri ini bertukar 360 darjah. Daripada tidak pernah menceburi bidang kepimpinan kepada seorang yang 'bajet aktif'..padahal tak tau apa-apa pun...saya mengambil diploma di sebuah kampus pada tahun 2011.. sejak di semester satu, saya diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan. Dan sekarang, saya sudah berada di semester 3...sejujurnya,saya memang tidak pernah meminta,apatah lagi berharap...

1)Ketua Biro Tarbiah
2)Ketua Syukbah Dakwah (syukbah = kos)
3) Setiausaha Lajnah Tadbir dan Perhubungan Luar
4)Bendahari Biro Pendidikan

Hanya tuhan yang mengerti.sesungguhnya aku tidak ada pengalaman.

Siapa kata kepimpinan tu senang...?
 Izinkan saya berkongsi sebuah pengalaman untuk menghuraikan tajuk di atas..soal kepimpinan...mudahkah? saya berkongsi berdasarkan diri yang serba kekurangan.....

Petang itu, aku bersahaja...melepaskan lelah yang menjadi peneman.
Handset berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Idris,habis kuliah. Sila datang ke bilik saya

Mesej daripada seorang lecturer...saya bergegas menuju ke bangunan pentadbiran..
                  
      urusan kepimpinan tidak boleh ditangguhkan kerana ia perlu kepada jawapan yang segera dan tindakan yang pantas.
 

'awak, idris.'lecturer tersebut mengajukan soalan.
'Ya,saya' aku menjawab sambil tersenyum walaupun penat selepas berlari.

senyuman dalam pegurusan memainkan peranan penting dalam pengaruh kepempinan.

''esok ada satu program perbandingan agama.. Jadi, ustazah mintak beberapa perkara kamu buat supaya program esok berjalan dengan lancar''.

Aku mula mencatat nota walaupun aku mungkin dapat menghafal arahan yang diberikan kerana hanya beberapa perkara..tetapi,

kepimpinan tidak mengajar kita memandang sesuatu perkara itu kecil, kerana jika gagal melaksanakanya boleh mendatangkan masalah yang besar.

Secara ringkasnya....
1)Memastikan sarapan pagi berada di tempat program
2)Mencatat kehadiran pelajar
3) Memastikan kehadiran pelajar sudah penuh pada jam 10 pagi

Mudah kan?

Ermm...mudah sangat..jom kite tengok mudah tak urusan kepimpinan.

Saya bergegas menuju ke dewan makan untuk urusan sarapan bagi program esok.Maka, berlakulah sedikit dialog dengan pengurusan dewan makan.

'Akak, boleh sediakan sarapan untuk pelajar bagi program esok?''

"Ni program apa pulak ni", soalan yang ditanya membawa kepada pertanyaan yang lain.

''Program syukbah dakwah melibatkan pelajar seramai 140 orang''

''Program esok, baru bagitau hari ni''? suara sedikit ditinggikan.

''Sarapan seperti biasa. Cuma  minta dibawa ke tempat program''. saya mengawal perasaan.

''Kamu sepatutnya buat urusan dengan pihak pengurusan asrama. Bukan dengan saya ''.

''Oh, ye ke?. sebelum ni, ok je'' saya memberi alasan.

''Ok lah, saya banyak kerja lain lagi ni.'' suara ditinggikan kemudian berlalu dari situ.

Saya menundukkan pandangan. Geram terasa.Perasaan geram disulam dengan kesabaran. Kalau tak boleh, cakapla elok-elok,bukanya kena bayar pun.

Kesabaran dalam kepimpinan ibarat roh di dalam jasad

''Ustazah, urusan tu sepatutnya dibuat lebih awal la'',aku memberitahu melalui telefon.

''kalau macam tu, awak minta beberapa pelajar angkat makanan ke tempat program''.

''ok'', arahan baru diterima.

Mudahkan ?? mudah sangat2.hehe.. lalui sendiri la. Kalau tanpa kesabaran, tak pasal2 bergaduh dengan pengurusan dewan makan.

Seterusnya, nak memastikan kehadiran semua pelajar dicatat? Tugas yang mudah, aku membahagikan kertas kedatangan kepada wakil kelas dan kembalikan kepada aku selepas habis program dengan segera supaya aku boleh menghantar kepada ustazah dengan segera.
 
Kerja yang mudah namun perlu kepada tindakan yang segera supaya gerak kerja lebih pantas. Namun, berhati-hati dan berwaspada perlu disertakan.

Seterusnya, memastikan semua peserta berada di tempat program tepat pada waktunya. Hantar dua mesej mengenai program.

 Mesej yang pertama : paling lewat sehari sebelum program

Makluman awal. InsyaAllah (.....masa....) akan diadakan program(..nama program......)bertempat di(....tempat.....)Anda sebagai peserta diwajibkan berada di tempat program pada jam(...pukul...)Kehadiran anda amat dinantikan.

mesej yang pertama adalah sekadar makluman supaya bersedia dan menyusun masa untuk program.Akhir mesej,sertakan pujian supaya mereka beharga dan bersemangat untuk mengikuti program....

Mesej yang kedua : beberapa jam sebelum program

Follow up : program akan bermula tidak lama lagi..adakah anda sudah bersedia..Kehadiran anda menambah seri program pada kali ini...

mesej untuk memberi peringatan..jangan lupa buat mereka dihargai.

Ini cara yang biasa saya gunakan...Alhamdulillah program pada pagi itu berjalan dengan lancar..

tiada erti kepimpinan tanpa gerak kerja yang tersusun
 
bersambung.....

No comments:

Post a Comment