Saturday, August 25, 2012

Ada Apa Pada Bahasa....?

Location...Kota Bharu.

Jalan sudah seperti biasa..dah tak sibuk..lega...

Memandu kereta...

Mencari sebuah buku motivasi yang bertajuk ''hidup ini pilihan''

Walaupun jalan sudah kembali tenang,namun manusia masih ramai membanjiri kota.

Manusia?  lelaki atau perempuan?

Of corse la perempuan..kalau bab shopingg..

Habis tu,lelaki buat apa?

Menemani insan tersayang....

Sikap lelaki yang kurang minat ke pasar berubah 360 darjah apabila bercinta...

kata orang ''cinta adalah pengorbanan''

adakah  suatu hari nanti, aku juga akan menemani perempuan menghabiskan masa di tempat shopping??

hal lah...biarlah masa yang menentukan..lambat lagi.....

****************************skip************************

Ada apa pada bahasa?

Kata orang:
Bahasa melambangkan bangsa..........

Pepatah melayu menyebut:
Orang berbudi kita berbahasa....

seorang muslimat di kampus aku belajar pernah mengajukan soalan :
''macam mana bahasa boleh dipelbagaikan? nabi Adam adalah manusia yang pertama..Seandainya nabi Adam menggunakan bahasa arab yaitu bahasa daripada syurga...macam mane boleh wujud bahasa inggeris,melayu,turki,thailand pada masa kini?Bahkan di malaysia sendiri..adanya loghat kelantan, kedah, penang dan sebagainya"?


.haha,acam ner tu??

Kalau dah dapat jawapan,kongsikan lah.....

aku pun tak dapat-dapat lagi.

Bahasa adalah sistem komunikasi....pentingnya mengusai bahasa seperti menguasai sesuatu bangsa..


Apabila kamu berjaya menguasai sesuatu bangsa,maka kamu telah
 berjaya menguasai sesuatu bangsa.
Ada beberapa kisah ....sekadar perkongsian.
KISAH I.......Kucing yang memahami.
Seorang lecturer daripada mesir berkelulusan P.H.D. mengajar...seoarang yang cukup bersemangat dalam sesi pembelajaran..sentiasa tersenyum...minda yang positif...berbangsa arab...dalam beberapa bulan tinggal di malaysia,dia telah menghafal banyak perkataan bahasa melayu..tidur hanya beberapa jam sehari..masa yang kosong digunakan untuk belajar..aku cukup berminat denganya...
suatu hari..dia bercerita...
Seekor kucing sedang berada di tempat yang tidak sepatutnya...
''ssssssssssss''kucing tersebut dihalau..
senyap...........
Kucing tidak bergerak..tidak diendahkan...
beberapa kali dihalau menggunakan bahasa isyarat,namun tidak mendapat respon.maka kucing tersebut diangkat dan dialihkan pada tempat yang lain.Apabila dia melihat orang malaysia mengalau kucing,kucing beralih.
Rupa-rupanya...
Malaysia mengahalau kucing dengan menggunakan perkataan 'shoh,shoh'
Di mesir 'ssssssssssss'
p/s : kucing pun  faham bahasa isyarat......
KISAH II......kereta yang tertinggal kuncinya...
 Kereta dipandu selaju 80 km....panduan diteruskan apabila berhenti bertanyakan jalan....
sesat.................
pertama kali,memandu di jalan Kuala Lumpur...
Location :area selayang.
Membawa dua orang muslimat di belakang...membeli barang keperluan untuk program orientasi pelajar baru...kedua-dua orang KL....
Apabila sesat,aku berhenti bertanyakan jalan.
Peta dilukiskan...
Perjalanan diteruskan...
Keyakinan mengusai jiwa....
Senyuman diukirkan....
Matlamat bertakhta di minda...
Otak memikirkan perkara yang indah...
................berkhayal...........
''Idris,kunci kereta ''!! seorang muslimat di belakang menegur.
Khayalan hilang....menggelangkan kepala...berpaling ke belakang.
''Apa,kunci kereta tertinggal??'' aku bertanyakan kembali...
perjalanan sudah hampir dua kilometer daripada tempat berhenti tadi..hendak patah balik teramat jauh..tambah lagi lebuhraya ..dihalang oleh divider...kena cari tempat u-turn..
Aku berpaling ke belakang....
Muslimat membuat muka pelik...
Aku membuat muka yang lebih pelik...
Beberapa minit, aku baru mengerti...dia meminta aku mengunci pintu kereta supaya keselamatan terjamin...aku faham,dia nak bagitau kunci kereta tertinggal..
kesilapan memahami dalam berbahasa menyebabkan kefahaman kita tersasar
Aku tersenyum. kalau kunci kereta tertinggal..macam mana kereta boleh bergerak sejauh dua kilometer...hehe..perjalanan diteruskan..kalut tak tentu pasal,nasi baik tak kemalangan.
p/s :kalau terlibat dengan kemalangan tadi,bagi alasan..kunci kereta tertinggal.
KISAH III : orang melayu yang kehausan.
Ketika belajar bahasa inggeris di sebuah pusat bahasa...credit to cambridge..
Seorang lecturer daripada amerika syarikat mengajar...
pelajar mendengar...
''saya pelik melihat orang melayu....''
pelajar memberi perhatian......
''sekarang ni musim panas...ramai yang kata...saya rumah...''
''saya ramah'' pelajar melayu membetulkan.
aku tersenyum
''no, i'm understand 'ramah' '' dia mengukuhkan hujjahnya.
''rumah bermaksud house atau home '' seorang pelajar tidak mahu kalah
''ye lah..saya 'house' '' sir membalas....
kami tergelak seketika...rupa-rupanya yang difahami saya house adalah saya haus.....
p/s : menulis sambil menunggu waktu isyak..tekak sudah terasa house.
..........................sekadar perkongsian...........................
Kita orang melayu,berapa bahasa yang kita kuasai..kadang-kadang,bahasa melayu pun kita ada lagi yang terpaksa bukak kamus....
Sultan muhammad Al-fateh menguasai tujuh bahasa...Ketika umur 19 tahun.
Sekali lagi diulangi...tujuh bahasa.
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Bukan memahami,tetapi menguasai....


Bezakan di antara memahami dan menguasai
Jom kuasai bahasa...

1 comment: